Ahad, April 01, 2018

Kak Izzwin

Maaf! Terbuat muka buruk >.<


Kak Izzwin, adalah orang yang aku ceritakan segalanya. Pasal aku dengan MDA. Tapi bila ingat balik, macam kelakar pun ada. Yelah, kau tak pernah kenal siapa dia. Tup tup kau ceritakan everything . Kau haru ke apa ke kau tak kisah dah asalkann segalanya kau lepaskan sejak kau pendam bertahun-tahun sebab kau tahu kau tak mampu nak bertahan dengan lebih lama lagi dengan segala apa yang kau simpan selama ini.  Dua tahun kau simpan sendiri tak cerita dekat sesiapa. Berat nak pikul tak kau biasa-biasa kan diri kau. Nasib baik tak masuk hospital je sebab time tu memang dah depression sangat2 dah. 

Macam mana tahu depression: 

  • Tak nak jumpa sesiapa pun 
  • Mudah sangat nak melenting
  • Tiada selera makan and everything
  • 24 jam asyik nak menangis je
  • Mood swing dan sentiasa swing
  • Sukar nak gelak


 Dia yang ada di saat aku jatuh sejatuhnya. Dia yang bangkitkan diri aku untuk tempuh segalanya. Dia yang ajar aku tentang hidup dalam masa yang sama. Terima kasih atas segala kekuatan yang di salurkan. Sungguh walaupun kita tak pernah berjumpa buat kali pertama ketika Mun dalam keadaan jatuh tersungkur. Tapi Allah hadirkan akak untuk bantu Mun. Terima kasih atas perjelasan dan segalanya. Sungguh Mun senang mengenali akak. Walaupun hanya dua kali Mun kenal akak, Mun dah tahu akak ni macam mana. Akak, terima kasih atas segalanya. Akak, nak kahwin nanti . jemputlah Mun >.< Hahahaha. Terima kasih juga dekat abang aez. Hahahaha. k ah bye.



APRIL FOOL

1 April , tengok tajuk pun dah tahu. Aku ada kisah atau lebih tepat peristiwa tentang tanggal ini. Ya, April Fool. Pernah terkena oleh someone yang kau sayang. Time tu pun hubungan dah retak beribu mungkin. Hahahaha. Aku malas nak ingat tapi aku tetap ingat peristiwa masa ini.


Sekian lama dia tak ws, tetiba malam tu, dia ws. Dia kata dia dekat luar. Membernya semua tak balik lagi. Then dia tertinggal kunci rumah. Kena tunggu member balik rumah baru boleh masuk. That time, dia jadikan aku sebagai tempat untuk hilang bosan dia sementara tunggu kawan dia. Aku pun layan je sebab Hahahaha sebab aku rindu dia. Serius talk ah rindu sangat-sangat tapi itulah di anggap macam hbfjdgfyusfhbjs. Sampai sekarang aku susah nak terima lelaki dalam hidup aku.

Okay, kita sambung cerita, time ni juga dia ada suka seorang akak ni. Ya, akak ni cantik dan sekarang ni aku rapat dengan akak ni dan dia suka dekat akak ni. And aku dah berapi tahap tak tahu nak cakap apa. Bagi aku , biasanya bila kita dah selalu bersama, mesti kita sayang or what ever. Aku sebolehnya bertahan utk selamatkan hubungan. Hubungan kami complicated sangat-sangat sampai akak tu pun cakap perkara yang sama. Bukan itu sahaja, kawan-kawan aku pun sama juga. 😂😂😂😂


Tapi akak tu tak suka dia pun. Dalam tengah ws tu, tetiba dia sengaja nak sakitkan hati.

" U, I dengan Akak **** ni, kami keluar pergi dobi sama-sama."
"Okay. U kan memang. (sambil tahan marah)."

dan panjang lagi dialog yang malas aku nak ingat.

Then tiba-tiba dia cakap APRIL FOOL. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya dia tak keluar pergi dobi dengan akak tu pun. Dia sengaja je nak sakitkan hati aku dengan nama akak tu. Sengaja nak jeleskan aku.


Ya... Aku teringat malam ni pasal kami. Nampaklah aku tak sepenuhnya move on. Tak apalah perlahan-lahan aku move on. Nak buat macam mana, ada jodoh kita bersama jua.


And one more thing, aku dah maafkan dia dan sampai bila-bila tetap sayang dia. Hehehe. Boleh tak gitu? Hahahaha. K ah bye.

FAMILY FIGHTER


Family Fighter's 

Bingkisan coretan ini mengisahkan tentang kami. 
Kami hanya 8 orang sahaja laksana adik-beradik.
2 Jejaka Hensem dan 6 Gadis Manis.

Cerita kami tidaklah seindah cerita insan lain.
Kami adalah kami dengan perangai dan peribadi masing-masing.
Mereka yang sentiasa ada tatkala susah dan senang.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain.

Sayang,
Mestilah sayang.
Dah namanya adik-beradik.
Gurau kasar mana pun tetap sayang. 

Kami masih melakarkan kenangan bersama,
Untuk sisa saki baki yang tinggal,
Selepas ini, Ada rezeki kami jumpa lagi.
Andai tiada, Moga mereka sentiasa dalam lindunganNya.


Buat rakan-rakan Family Fighter's :

Iqwal, Naim, Mas, Mai, Maik, Aliah dan Miza,
Ingin sekali aku luahkan perasaan sayang ini.
Ingin segala aku ungkapkan tetapi mungkin belum tiba masa yang sesuai. 

Walau di mana pun kalian, aku mohon jaga diri ya. 
Jikalau ada apa2 yang sulit dan perlukan kami,
Rojer dalam group.
Aku sayang korang semua.
Kita sahabat sampai Syurga okay :)

Andai ada antara kita yang tersungkur tersasar,
Bawa kembali menuju jalanNya.
Usah biarkan manusia berkata mengenai kita,
Biarkan. Kita saling jaga antara satu sama lain.
Moga ukhuwah kita selamanya. InshaAllah.









Sabtu, Mac 31, 2018

Tetap dia

Aku..
Di sini masih menunggu..
Menunggu dia..

Dalam aku mengejar cita-cita aku.
Aku tidak pernah lupakan dia.

Dia tetap mekar dalam hati.
Walaupun kesalahan yang dilakukan itu
Memilukan hati.


Benci,
Aku tidak pernah benci.
Bahkan rasa sayang itu tetap ada.
Cumanya aku mengawalnya.
Mungkin dia bukan untukku.


Ramai yang ingin kan ku ,
tapi aku tak mampu untuk menerima
Mengapa?
Kerana aku tidak dapat memberikan hati kepada insan lain.

Allah,
Andai suatu hari nanti.
Kau takdirkan aku dengan dia bersama.
Dalam melayari bahtera kehidupan.
Aku terima dan permudahkan segala urusan kami.




Sabtu, Februari 17, 2018

Amin ❤

Hai . Kembali lagi.. Sekarang ini , aku still busy dengan segala assignment,  keterlibatan komuniti dan collect dana untuk karnival. Tinggal tahun ini je nak habis belajar. Rasa macam kejap je . Habahabaha. Sem 4 ni kira mencabar jugalah. Rasa sengal badan dah aku ini. Hmm. Tapi aku tak boleh putus asa kena cekal dan kuatt hadapi rintangan mahupun cabaran 🙆 . 

Aku bukan nak bercerita pasal tu sebenarnya tapi aku nak bercerita pasal seorang budak yang cute yang aku terus jatuh sayang. Hahabhaa. Ya Amin 😭 Nama dia sama dengan love. 😫 Kadang aku pelik, kenapalah perkara yang aku suka mesti ada berkait dengan Danial Amin . 😑 Hahaha. K sebelum aku melencong bab perasaan ini. Aku kena tulis pasal how cute Amin ni sampaikan aku nak peluk dia kuat2 dan tak nak lepas 😂 

Btw, Amin ni tak lancar bercakap lagi . Percakapan dia still tersekat. Tapi melalui kawan dia , Aulia. Aku tahu nama dia Amin dan sedikit info pasal Amin. Amin ini pandai tau. Aku suka tengok senyuman dia. 


Akak aku ckp muka amin ni macam muka ziyad sikit. kahkahkah.  Tapi serius ah aku sayang gila kat amin ni. Nanti kita jumpa lagi tau sayang 💕

Kenangan dengan amin  ❤




Sempat tau sebelum aku balik aku kiss Amin ni 😂 Sape suruh comel sangat. Hahahahaha. Nanti aku sambung cerita lain pula okay. Bye. 



 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...